Sabtu, 20 November 2010

JELAJAH GILA PANCING TEAM DI PERAK

salam, selamat hari raya aidiladha kepada seluruh umat islam di serata pelosok dunia khususnya yg tngah lepak usha2 blog kami ini. Aku , musbi ngan 2 org membe bek aku musbi ngan rani g jelajah perak raya korban baru nie.Sambil balik kg korban lembu ngan kerbau tlng sedare mare leh plak g selitkan ngan aktiviti memancing. Ni la musbi dok pening pale bwak kete 6 jam pejalanan tu... hari petame kami charge tenaga dlu. Hari kedua iaitu Hari petama hari raya korban kami pon memulakan aktiviti memancing. Pagi mcm besa solat sunat hari raya aidiladha.. Ptg pas anta family blik kg aku ngan musbi trus ke rumah rani di chikus, sg manik. Tak sangka plak kg aku ngan  Rani kira-kira 8 km jek... Dekat je pon.

Sesampainya kami umah rani trus buat persiapan untuk memancing di sg chikus. Masa tu kira-kira pukol 12 tengah hari. Walaupun kami smart berbaju melayu tapi itu tidak menjadi halangan. Dengan keringat dan darah muda kami tidak melengahkn masa untuk bertarung ngan ikan-ikan di sungai chikus.

Rani, aku ngan musbi memulakan pergerakan ke sg chikus kira-kira pukol 12.30.. tak jauh pon kami berjalan.. agak-agak dlm 500 m kami pon smpai ke tempat pertarungan.. Aku yg terkial-kial nak wat perambut, rani dah naikkn 2 ekor ikan lampam sg lbh kurang 400 g. Haih x blh jadi nih.. dngan kadar segera ak pon melabuhkan pancing ke dlm sg.. Ermmmm... dlm 5 mint kemudian ak berjaya naikkn 1 ekor ikan lampam lbh kurang beso 2 jgak.

Keseronakan memancing kat cnie bkan pe.. letak je joran dlm 5 minit da ikan tarik.. Bes x?? Hahaha... nila antara pengalaman yg x leh aku lupakan.. nyamok ade tapi kurang. Tapi yg paling best pacat mkn kaki. sampai lubang pacat mkn tu leh nampak kot ngan mata kasar.

Bebalik pada petarungan tadi, selang 2 jam kemudian aku da naikkn ikan yg sama iaitu 4 ekor ikan lampam sg sebesar tapak tgn. walaupon x besar mana ckop nak lepaskan gian memancing.rani plak da naikkn 7 ekor ikan lampam sg gak. musbi pula x kurang hebatnya apabila naikkn ikan lampam gak. Tapi saat aku naikkan ikan tilan memg menceriakan suasana. apa xnye aku kate ikan 2 belut. hahaha. actually aku baru je berjinak nak mancing nie. kecik2 dlu ak x dibenarkan mancing oleh parent aku coz diorg x bg atas alasan takt jadi ape2. so pe lagi musbi ngan rani dok gelak kat aku le pasai aku ckp ikan 2 belut.

selain ikan lampam ngan tilan, ikan lelaih dan tapah bemban pon turut dinaikkan oleh musbi dan rani, perhhh jam tlah menunjukkan pukol 4, so kami pon mula berangkat untuk pulang. Total sume hasil tangkapan ikan kami adalah seberat 2 kg lebih. Alhamduliallha kami bersyukur ngan hasil yg kami dapati. mak aku mlm 2 wat asam pedas ikan lelaih. perh mantap tu.. ikan lampam kene goreng pas2 cicah ngan air asam.

Maka dgn itu sudah tertutup tirai hari raya korban pertama. kami tido ngan nyenyaknye kerna pert dah kenyang n yg palin penting dapat melepaskan gian sedikit sebanyak ngan memancing. Bye, salam, moga berjumpa di ruanagan seterusnya.



nie ikan lelais ataupn tapah bemban..

sungai batang padang, chikus

hehehe...mangsa pacat yang xsekolah...

khusyuknyeeeer.

mcm ni pn ada ke?sangkut kat perut pn leh dapat

ni lak spesis yg jarang dah kita jumpa..ikan.tilan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lelaih dgn tapah bemban adalah spesis yg berbeza!

Tanpa Nama berkata...

chikus ni dulu kmpung saya.sungai batang padang tu memang best.dulu selalu ikut ayah mancing kat jambatan keretapi lama kat beting pasir.memang banyak ikan lelais dapat.selalu goreng je memang sedap ikan nye.ikan yang panjang tu rasanye ikan tilan.pernah dpat sekali bawak balik rumah,tp mak x reti nak siang.mghrib2 p balik kat jambatan tu lepas balik ikan tu huhu.kenangan memancing di chikus,sekarang dah pindah x merasa dah